yang hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Surat di bawah tandatangan Baginda dan Mohor Negeri dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, bertindak mengikut budi bicara Baginda mempunyai hak dan kuasa untuk membatalkan pelantikan atau membuang dan melepaskan mana-mana ahli Majlis Perajaan Negeri.
Sumpah
7A. Kecuali bagi maksud membolehkan Perkara ini dipatuhi, tiada seorang pun boleh mengambil tempat atau mengundi dalam Majlis sehingga dia telah mengangkat dan menandatangani di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, atau seseorang lain yang diberi kuasa oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi maksud itu, sumpah yang berikut:
- "Dengan Kebesaran Allah dan kelebihan Nabi Kami Muhammad, saya, , yang telah dipilih dan diterima menjadi ahli Majlis Perajaan Negeri, atau "the Council of Succession", Negeri Kelantan, bersumpah bahawa saya akan menumpukan taat setia yang sebenar kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan; dan bahawa saya sentiasa sepanjang masa apabila dikehendaki berbuat demikian, akan memberikan nasihat dengan sebaikbaik pertimbangan saya; dan bahawa saya secara langsung atau tidak langsung tidak akan mendedahkan apa-apa perkara yang disampaikan kepada saya atau dibahas dalam Majlis dan yang saya dikehendaki merahsiakannya, dan bahawa saya akan memelihara, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Kelantan.".
Tambahan kepada lafaz sumpah
7B. Kepada sumpah itu hendaklah ditambah apa-apa perkataan yang menurut agama Islam akan mengikat perasaan hati orang yang mengangkat sumpah itu.
Panggilan dan mesyuarat kerana mengesahkan kenaikan ke atas Takhta
8. (1) Lepas sahaja daripada mangkat atau turun Takhta daripada menjadi Raja atau lucut baginda daripada menjadi Raja di bawah syarat-syarat Bahagian ini, menurutlah mana-mana yang berlaku, maka hendaklah Setiausaha Kerajaan dengan perintah Yang