(2) Anggaran perbelanjaan itu hendaklah menunjukkan secara berasingan –
- (a) jumlah wang yang dikehendaki untuk membayar perbelanjaanyang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Yang Disatukan; dan
- (b) dengan tertakluk kepada Fasal (3), jumlah wang yang masing-masing dikehendaki untuk membayar kepala-kepala bagi perbelanjaan lain yang dicadangkan dibayar daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan.
(3) Terimaan yang dianggarkan yang hendaklah ditunjukkan dalam penyata tersebut tidak termasuk apa-apa jumlah wang yang diterima melalui Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; dan jumlah wang yang hendaklah ditunjukkan di bawah perenggan (b) Fasal (2) tidak termasuk –
- (a) jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pinjaman yang diperdapatkan oleh Negeri bagi maksud tertentu dan yang diuntukkan bagi maksud itu oleh undang-undang yang membenarkan pinjaman itu diperdapatkan;
- (b) jumlah wang yang merupakan apa-apa wang atau bunga atas wang yang diterima oleh Negeri yang tertakluk kepada suatu amanah dan yang hendaklah digunakan mengikut terma-terma amanah itu;
- (c) jumlah wang yang merupakan apa-apa wang yang dipegang oleh Negeri yang telah diterima atau diuntukkan bagi maksud apa-apa kumpulan wang amanah yang ditubuhkan oleh atau mengikut undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri.
(4) Penyata tersebut hendaklah juga menunjukkan, setakat yang dapat dilaksanakan, aset dan liabiliti Negeri pada akhir tahun kewangan yang baru genap, cara aset itu dilaburkan atau dipegang, dan kepala-kepala am yang berkenaan dengannya liabiliti itu masih belum selesai.
Rang Undang-Undang Perbekalan
55. Kepala-kepala bagi perbelanjaan yang hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan bagi Negeri tetapi tidak dipertanggungkan padanya, selain jumlah wang yang disebut