Pergi ke kandungan

Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/28

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
29


(2) Maka hendaklah Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan terkena kepada syarat Perkara 15 menjalankan tanggungantanggungannya di bawah Bahagian ini dan undang-undang Negeri dengan apa cara yang boleh jadi perlu menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan menjamin bahagian bagi orang Melayu akan kadar yang Baginda fikir berpatutan bersabit dengan kedudukan-kedudukan di dalam perkhidmatan awam bagi Negeri dan scholarship, elaun-elaun kepada penuntut-penuntut dan lain-lain kebebasan pelajaran atau latihan yang seumpama itu atau kemudahan-kemudahan istimewa yang diberi atau dikurnia oleh Kerajaan dan, apabila mana-mana permit atau lesen bagi menjalankan perniagaan atau pekerjaan dikehendaki oleh undangundang Negeri, maka dengan terkena kepada syarat-syarat undang-undang itu dan Perkara ini bersabit dengan permit-permit dan lesen-lesen.

(3) Maka berkuasalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia supaya menjamin mengikut Fasal (2) Perkara ini bahagian kepada orang Melayu bersabit dengan kedudukan-kedudukan di dalam perkhidmatan awam dan scholarship, elaun-elaun kepada penuntut-penuntut dan lain-lain kebebasan pelajaran atau latihan atau kemudahankemudahan istimewa, memberi perintah-perintah am yang boleh dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana takluk kuasanya meluasi kepada orang di dalam perkhidmatan awam bagi Negeri itu atau kepada mana-mana pihak yang berkuasa yang ditugaskan tanggungjawab bagi memberi scholarship, elaun-elaun kepada penuntut atau lain-lain kebebasan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan istimewa; dan Suruhanjaya atau pihak yang berkuasa itu hendaklah menurut perintah-perintah itu dengan sempurnanya.

(4) Dalam menjalankan tanggungan-tanggungannya di bawah Bahagian ini dan undang-undang Negeri mengikut Fasal-Fasal (1), (2) dan (3) Perkara ini, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah tidak melucutkan mana-mana orang di dalam mana-mana jawatan awam yang dipegang olehnya atau menyambungkan mana-mana scholarship, elaun kepada penuntut-penuntut atau lainlain kebebasan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan istimewa yang diperolehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan syarat-syarat Perkara 60.