Pergi ke kandungan

Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/14

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
15

hendaklah dibaca dengan terkena kepada Perlembagaan Persekutuan dan hendaklah berjalan kuasanya dengan serta-merta.

2. (Dipotong oleh G.N. No. 181/1959).

Pindaan kepada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan

3. (1) Syarat-syarat yang berikut daripada Perkara ini hendaklah berjalan kuat kuasa berkenaan dengan pindaan Bahagian ini.

(2) Syarat-syarat Bahagian ini, selain Perkara-Perkara 5 dan 6 bolehlah, dengan terkena kepada Fasal (3), dipinda dengan satu undang-undang dari Badan Undangan Negeri dan tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.

(3) Sesuatu Rang Undang-Undang kerana membuat suatu pindaan kepada Bahagian ini hendaklah tidak dilulus oleh Dewan Negeri melainkan telah disokong pada masa Bacaan-Bacaan Kali Yang Kedua dan Yang Ketiga dengan undi-undi yang tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahlinya.

(3A) Pindaan yang berikut adalah dikecualikan daripada Fasal (3), iaitu-mana-mana pindaan kepada takrif wilayah Negeri yang dibuat akibat daripada kelulusan sesuatu undang-undang mengubahkan sempadan-sempadan Negeri di bawah Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan yang mana Badan Undangan Negeri dan Majlis Raja-Raja telah memberi persetujuan di bawah Perkara tersebut.

(4) Di dalam Perkara ini "pindaan" termasuk tambahan dan pembatalan.

Makna

4. (1) Di dalam Bahagian ini, melainkan nasnya berkehendak makna lain "Badan Undangan" maknanya pihak yang berkuasa yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan ini pada membuat undang-undang bagi Negeri ini;

"Dewan Negeri" maknanya Dewan Negeri bagi Negeri itu;