Pergi ke kandungan

Laman:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/12

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS

Pengalaman berdepan dengan kerajaan pusat yang berkonsepkan kleptokrasi (pencuri) dan kakistokrasi (tidak tahu memerintah) yang berlagak dengan kuasa yang dimiliki, tetapi tidak tahu mengurus dengan adil, seharusnya menjadi pengajaran kepada kita. Kerajaan pada hari ini juga bersifat double standard sehingga melanggar prinsip demokrasi dan Islam yang masih dikepung dan dipenjara semata-mata kerana ingin meneruskan agenda penjajah. Bukan itu sahaja, kerajaan ini melanggar prinsip perlembagaan sehingga merempuh konsep federalisme dan perjanjian yang telah dimeteraikan, serta melanggar sumpah yang diikrarkan. Sikapnya terhadap kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS - PN yang merupakan pembangkang bagi mereka, menjadi bukti yang nyata secara khusus sejak zaman-berzaman. Keadaan ini terjadi kerana kerajaan yang didakwa sebagai Kerajaan Perpaduan, dibentuk daripada kalangan mereka yang bermasalah dan mahu menyelamatkan diri masingmasing. Mereka terdiri daripada mantan banduan, kluster mahkamah dan bakal yang hendak diselamatkan secara tidak bermoral dan tidak bermaruah. Mereka langsung tidak mempedulikan amaran Allah SWT:

‫ﯳﯴ ﯵ ﯶﯷﯸ ﯹﯺﯻ‬ ‫ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂﰃ ﰄ ﰅ‬

‫ﰆﰇ ﰈ ﭑ ﭒﭓ ﭔ ﭕﭖ ﭗ ﭘ‬

‫ﭙﭚ‬

11