Pergi ke kandungan

Laman:UN Treaty Series - vol 1025.pdf/318

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

302

United IVa(ions 一 Treaty Series •

Nations Unies — Recueil des Traités

1976

TRITI PERSAHABATAN DAN KERJASAMA DI ASIA TENGGARA
______________

PENDAHULUAN

Pihak-pihak Berjanji Tertinggi:

Sedar tentang pertalian sejarah, ilmu alam dan kebudayaan yang sedia ada dan yang telah mengeratkan hubungan antara rakyat-rakyat mereka;

Ingin memajukan keamanan dan kestabilan wilayah dengan tetap menghormati keadilan dan kaedah-kaedah undang-undang dan mengukuhkan lagi perpaduan wilayah dalam perhubungan mereka;

Berhasrat menghukuhkan keamanan, mengeratkan lagi persahabatan dan menambahkan lagi kerjasama mengenai perkara-perkara yang menyentuh Asia Tenggara selaras dengan semangat dan prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu, Sepuluh Prinsip yang diterima oleh Persidangan Asia-Afrika di Bandung pada 25hb April 1955, Perisytiharan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara yang ditandatangani di Bangkok pada 8hb Ogos 1967,dan Perisytiharan yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada 27hb November 1971;

Yakin bahawa penyelesaian perselisihan atau pertikaian antara negara-negara mereka hendaklah diperaturkan oleh acara-acara yang waras, berkesan dan longgar secukupnya, dengan mengelak sikap négatif yang mungkin membahayakan atau menghalangi kerjasama;

Percaya kepada perlunya bekerjasama dengan semua negara-negara yang mencintai damai, di dalam dan di luar Asia Tenggara, pada mengembangkan keamanan, kestabilan dan kesentosaan dunia;

Sesunggohnya bersetuju membuat suatu Triti Persahabatan dan Kerjasama seperti berikut:

BAB I. MAKSUD DAN PRINSIP

Perkara 1. Tujuan Triti ini ialah untuk memajukan keamanan abadi, persahabatan dan kerjasama yang berkekalan di kalangan rakyat-rakyat mereka dan yang akan menambahkan lagi kekuatan, perpaduan dan eratnya perhubungan mereka.

Perkara 2. Dalam perhubungan mereka antara satu dengan yang lain, Pihak-pihak Berjanji Tertinggi hendaklah dipadukan oleh prinsip-prinsip asas berikut:

a. Saling menghormati kemerdekaan, kedaulatan, persamaan, kesatuan wilayah dan keperibadian bangsa semua negara;

b. Hak tiap-tiap Negara untuk memimpin kehidupan bangsanya bebas daripada campurtangan, tindakan subversif atau paksaan dari luar;

c. Tidak campurtangan dalam hal-ehwal dalam negeri di antara mereka;

d. Penyelesaian perselisihan atau pertikaian dengan cara aman damai;

e. Menjauhkan diri dari mengancam atau menggunakan kekerasan;

f . Bekerjasama secara berkesan di antara mereka.