Laman ini belum dibaca pruf
2 Pengasuh - Bilangan 1 pada 1 Syawal 1335 - 11 Julai 1918
yang berbahagia maka tiada tersembunyi pada sesi mereka yang
- memperharikan ummah yang telah terdiri dengan ketinggian dan yang telah
- jadi di dalam tiap-tiap perlumbaan kehidupan ialah tulisan
- pelajaran dan bahas yang menerangkan segala ehwal kejadian maka
- diketahuilah daripadanya tiada beratur kehidupan ummah dan tiada dapat
- mencapai bunga-bungaan perhiasan kelebihannya melainkan kemudian daripada telah
- menerima bagi dirinya pelajaran yang tinggi dan melatihkan dengan
- latihan adab yang sempurna serta menjadikannya pakaian yang lazim
- bagu seluruh anggotanya.
Ilmu itu penggal bagi manusia dan perbendaharaan segala
- hakikat dan dengan dia boleh menolaki segala bencana dan menyampaikan
- kepada perhinggaan yang betul dan ialah syarat dan rakan yang
- menambatkan kelebihan. Kemuliaan dan kesentosaan pada dunia dan akhirat
- telah diketahui ummah di dalam alam ini telah jadi berlebih
- kurang kuasanya dan tinggi rendah martabatnya ialah dengan sebab
- pengetahuan dan amalannya maka menyeru akan kita beberapa surat-surat
- khabar dan majalah Melayu, Arab dan lainnya dengan berbagai-bagai
- seruan ialah semata-mata kerana hendak meninggikan jenis bangsanya
- kepada beberapa lapis langit kemuliaan dan kesempurnaan maka
- setengah daripadanya mendirikan tiang tujuan dengan ilmu, setengahnya
- dengan siasah. Setengahnya dengan perniagaan dan pertukangan maka
- "Pengasuh" mengambil tanggungan dengan adab kerana ia setengah
- daripada ilmu yang memaniskan dan menyempurnakan manusia dan dengan dia
- membawa berjinak-jinak setengah dengan lain dan dengan Allah kami berserah.
Dato' Seri Paduka Raja
Mahmud bin Ismail
Naib Yang di-Pertua Majlis Yang Kehormat
Kemanusiaan
Adalah kejadian manusia itu semulia-mulia kejadian di sisi Tuhan
- kita ?? ??nya "wa laqad karamna Nabi Adam" ertinya :-sungguhnya
- telah kita ?? ?? anak Adam, dan seelok-elok kejadiannya
- dengan dalil firman-Nya "wa laqad khalaqnal insana fi ahasani taqwim"
- ertinya :- dan sungguhnya kita telah jadikan manusia itu pada
- seelok-elok perdirian, dan ialah suatu makhluk yang banyak diamat
- amati akan dia oleh Tuhan daripada yang lain dengan dalil firman-Nya
- "wa hual lazi khalaqa lakum ma fil ardh jami'a" ertinya:- Dan
- iaitu Tuhan yang menjadi segala barang yang ?? dalam bumi kerana kamu.
Sungguhnya dengan hal yang demikian ?? ??lah makhluk yang daif
- dengan dalil firman-Nya "wa khalaqal insana daifa" ertinya:-
- dan dijadikan manusia itu daif ?? tiada boleh ia buat
- segala pekerjaan itu ?? atau pekerjaan adat
- istimewa pula pekerjaan berhimpun itu ?? pekerjaan yang disuruh
- bagi mereka yang tiada cukup menjaga dirinya maka lazim
- daripada berhimpun itu beberapa perkara yang ?? buat akan dia
- dan beberapa pula perkara yang ditegah ??nya.
Bermula dalil atas suruh berhimpun ?? setengah akan setengah
- itu sembahyang jemaah pada tiap-tiap waktu ?? jalan fardu
- kifayah dan sembahyang Jumaat atas jalan fardu ain dan membuat
- haji sekali setahun fardu kifayah atas ?? umum dan seumur
- sekali fardu ain atas jalan ??. Jangan kita
- sangka bahawa segala suruhan dan tegahan itu suatu yang
- mudaratkan kita dan memberi manfaat kepada ?? kerana ia Tuhan
- Yang Maha Suci daripada mengambil faedah daripada ?? perbuatannya.
Adalah segala makhluk itu terbahagi ?? ?? bahagi pertamanya
- tiada bernyawa seperti langit bumi dan ?? dan keduanya
- yang bernyawa itu terbahagi pula kepada tiga ?? pertamanya bangsa
- yang berakal yang sunyi daripada hawa nafsu iaitu malaikat dan
- kedua berakal serta ada hawa nafsu iaitu manusia ?? dan
- ketiganya bernafsu sahaja iaitu segala binatang. Bangsa yang kedua
- itu jika ia taat, terlebih afdal daripada bangsa yang pertama
- dan jika ia derhaka, lebih rendah daripada bangsa yang ketiga.
Tatkala adalah berhimpun manusia itu pekerjaan yang lazim seperti
- perkataan hukma? "al-insan madani bil tabi" ertinya:- Manusia