Pergi ke kandungan

Laman:Pengasuh Bil 1/1

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

Majalah: http://eprints.um.edu.my/15982/1/Page_1.pdf

Diharap sekalian pembaca-pembaca jangan campak Pengasuh ini merata-rata
tempat dan menggunakan dia bagi membuat membungkus-bungkus ialah
kerana menghormatkan beberapa ayat Quran dan hadis-hadis nabi kita
Sallallahualaihiwasallam di dalam dadanya.

PENGASUH 1337H

Pengarang


al-Fadil Tuan Haji Awang Kenali dan lain-lainnya daripada anggota Majlis

Ulama dan Majlis Ugama Islam Kelantan

Harga Berlangganan


Di dalam negeri, $2.88

Di luar negeri " $3.00
Iaitu cuci belanja pos t
Harga satu-satu. 15 sen
Warta Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan yang dizahirkan pada :tiap-tiap 15 hari sekali

(Bilangan 1) Kuat baharu Kelantan - pada hari Khamis 1 Syawal 1337 - 11 :Julai 1918 (tahun yang pertama)


Pembukaan


Pengasuh tahun yang pertama


Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillahi Rabbil Alamin wa Sallallahu ala Sayidina Muhammad

wa ala alihi wasahbihi ajmain.

Ammaba'd. Ayuhi junjungan yang tinggi dan cita-cita yang

tamadun dan yang mendirikan kewajipan ummah dan yang mengikutkan
peredaran alam bahawasanya mendahului kalam merebahkan diri atas
kesilapan dan kekurangan yang tiada apa tiada istimewa pula
daripada suatu pengetahuan yang boleh mengkhidmatkan ummah dengan
sempurna tetapi dengan sebab lalu beberapa ajaran supaya
bergerak kami dengan pekerjaan yang seperti ini maka bertawallah
kami berlangkah ke atas ini jalan dengan tiada bekal yang
mencukupi perjalanan yang panjang sepatah kata orang tua-tua
"menantikan padi berjagunglah dahulu" tetapi harap kami
dengan ketinggian cita-cita taulan kami yang mulia bahawa ada jadikan
hantaran ini begini daripada anak-anakkan permainan bagi sekalian
kanak-kanak dan jerijik minuman bagi segala muncung

borang angan-angan dan idangan kebajikan bagi tentera masa dahulu

daripada sampai kepada beberapa idangan yang banyak dan lagi
harap kami bahawa "Pengasuh" ini jadi suatu persembahan
dan peringatan bagi kemuliaan hari terkembang payung daulat
kelebihan junjungan nyawa kami dan persandaran segala
tujuan kami Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Muhammad yang Keempat
D.K, S.P.M.K dan KCMG
Yang di-Pertuan Negeri dan Jajahan Kelantan Darul Naim istimewa
pula kejadian "Pengasuh" ini di Kelantan daripada perkara
yang tiada di dalam sangkaan dan harapan orang yang dahulu dan
sekarang maka jadilah ia daripada perkara yang menunjukkan
kelebihan tuahnya dan maju segala perjalanannya.

Hanya pada hari inilah permulaan hari bagi "Pengasuh"

membukakan usaha kerana mengkhidmatkan ummah Islamiah yang di dalam
Semenanjung Tanah Melayu istimewa pula anak-anak Kelantan yang diribai
dan akan diperhadapkan pada tiap setengah bulan sekali
mudah-mudahan menerima tiap-tiap seorang dengan barang yang menunjukkan
kasih dan mesra pada zahir dan batin.

Adalah selebih-lebih kemuliaan itu barang yang dipeliharakan dia

di bawah pancaran segala bintang adab dan dipakaikan dengan
pakaian tamadun dan disuluhkannya dengan suluhan pengetahuan