Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/6

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

6

PENDAFTARAN PERTUBOHAN2 DI BRUNEI

  Tiap2 pertubohan yang ditubohkan didalam Negeri Brunei hendaklah didaftarkan dalam tempoh satu bulan samenjak tarikh penubohan pertubohan itu, dan tidaklah boleh sebarang pertubohan mengubahkan Dasarnya atau menjadi Chawangan dari mana2 pertubohan luar negeri dengan tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubohan2 Negeri Brunei.

  Pertubohan2 yang dikahendaki mendaftar termasoklah club2, sharikat2, pakatan2 atau persatuan2 yang mempunyai ahlinya sabanyak 10 orang atau lebeh, kechuali sebarang badan yang didaftarkan dibawah Undang2 Pendaftaran pada masa itu bersangkut paut dengan badan yang ditubohkan dan dijalankan samata2 untok sebarang chara yang halal; sebarang sharikat atau persatuan (termasok sharikat bekerja sama) yang ditubohkan dibawah sebarang Undang2 yang tertulis atau dibawah "Royal Charter" atau Surat2 Akuan dari Baginda Queen atau dibawah mana2 Undang2 "Parliament" United Kingdom atau daripada mana2 Peraturan dari Jajahan British; sebarang badan dari "Freemason" yang dituboh dibawah mana2 pertubohan "Freemason" yang diakui di United Kingdom dan Ireland Utara; mana2 persatuan buroh yang didaftarkan dibawah sebarang Undang2 yang tertulis pada masa itu mengawali persatuan buroh atau mana2 Sekolah Kerajaan atau Sekolah, atau Jawatan Kuasa Tadbir dari satu2 Sekolah yang didaftarkan dibawah Undang2 yang pada masa itu mengawali Sekolah2.

AMARAN

  Pendaftar Pertubohan2 Negeri Brunei memberi AMARAN bahawa jika mana2 pertubohan yang di kahendaki mendaftar dibawah Undang2 Pertubohan tidak mengambil langkah mendaftar sahingga 29 February, 1956, maka beliau terpaksa akan menjalankan penda'waan jenayah keatas Pegawai2 dan Ahli2 dari pertubohan itu.

  Pegawai2 dan Ahli2 dari semua pertubohan di Brunei adalah diberi AMARAN juga, iaitu mereka hendaklah faham berkenaan dengan butir2 yang terkandong dalam Undang2 Pertubohan dan semua Peraturan2 yang dibuat dibawahnya itu.

  Barang siapa yang tidak faham berkenaan dengan perkara tersebut, hendaklah berhubong dengan Pendaftar Pertubohan 2 di Brunei, di Ibu Pejabat Police, Pekan Brunei atau daripada Pejabat Timbalan Pendaftar Pertubohan2 di Ibu Pejabat Police, Kuala Belait, supaya dapatlah diberi keterangan2 yang lebeh lanjut.

******************************************************************************************

BELON2 CHUACHA DI BRUNEI

  Kerajaan Amerika Sharikat telah melepaskan beberapa banyak belon2 chuacha ("meteorological baloons") yang besar dengan membawa perkakas2 radio dan lain2 alat ka angkasa yang amat tinggi dari bumi ini; belon2 itu melambong hingga lebeh daripada 30,000 kaki.

Belon2 itu akhirnya..