Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/14

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

Satelah menjalankan kewajipan mereka di Ban- dar Brunei, maka pelawat2 itu telah berangkat ka Seria pula dengan ditemani oleh Penulong Pegawai Penerangan Kerajaan Brunei, Pengiran Mohamed Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim.

 *******************************************************************

JAWATAN KUASA KEWANGAN NEGERI BRUNEI

Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin, dalam Majlis Mashuarat Negeri Brunei, telah melantek beliau2 dibawah ini menjadi Ahli2 Ja-watan Kuasa Kewangan Negeri Brunei pada tahun 1956:-

State Treasurer (Pengurusi); Duli Pengiran Pemancha dan Pengiran Kerma Indera.

*******************************************************************

DR. WALLACE TIBA DI BRUNEI PADA 23 FEBRUARY MENGUBATI ORANG2 YANG MENGIDAP SAKIT MATA

Dr. E.H. Wallace, saorang Tabib Mata yang bijak akan tiba di Brunei pada hari Khamis 23 February, 1956 untok melihat dan mengubati orang2 yang mengidap sakit mata di tempat mengubati sakit mata di General Hospital, Bandar Brunei.

Untok menyenangkan pekerjaan2 yang akan dilakukan, maka akan disediakan sabuah Buku Pertemuan2 dimana akan didaftarkan nama orang2 yang mengidap sakit mata yang berkehendak pertulongan dari Tabib Mata tersebut.

Barang siapa yang berkehendak pertulongan itu hendaklah memberi nama mereka kapada Pegawai Perubatan, General Hospital, Bandar Brunei dengan saberapa segera.

Ketua2 Kampong adalah dikehendaki juga memberi nama orang2 yang berkehendak pertulongan tersebut kapada Pegawai Perubatan yang terma'lom supaya dapatlah beliau mendaftarkan nama orang2 yang mengidap sakit mata dan menyerahkan Buku Pertemuan2 itu ka pada Tabib Mata ter-sebut pada masa beliau tiba di Bandar Brunei.

Jadual masa mengubati orang2 yang mengidap sakit mata itu adalah saperti berikut :-

Minggu Pertama: Bandar Brunei; Minggu Kedua : Sekolah2 dan Daerah Timor, Brunei; Minggu Ketiga ; Daerah Barat Brunei; dan Minggu Keempat: Bandar dan Daerah Brunei.