Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/12

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

PUSAT LATEHAN GURU2 MELAYU NEGERI BRUNEI

Kerajaan Negeri Brunei telah bersetuju mengadakan sabuah Pusat Latehan bagi melateh Guru2 Melayu Negeri Brunei yang ditempatkan di Bandar Brunei.

Bagi sementara, latehan itu dijalankan disuatu bangunan sementara dalam kawasan Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Pekan Brunei.

Dengan tertubohnya Pusat Latehan Guru2 tersebut, maka pehak Kerajaan Brunei tidaklah akan menghantar lagi Guru2 Melayu mempelajari di Sekolah Latehan Guru2 di Batu Lintang, Kuching, Sarawak. Meskipun bagitu, hantaran Guru2 Melayu ka Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim dan ka Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka, di Persekutuan Tanah Melayu, serta juga ka Maktab Perguruan Kent, di Tuaran, Jesselton, Borneo Utara akan diteruskan juga.

Pegawai2 dalam Pusat Latehan Guru2 Melayu ini, ialah Pegawai2 Lantekan Sementara sahaja. Mr. P. Spicer ialah Pengetua Pusat Latehan ini, menakala Guru yang kanan ("Senior Tutor") ialah Inche' Yusoff bin Mohamed (Pegawai Pinjaman dari Johore, Persekutuan Tanah Melayu) dengan dibantu oleh Che' Gu Mohamed Sum bin Hashin dari Brunei.

Pusat Latehan ini telah dimulakan pada 18 January, 1956 dan pada masa ini mengandongi seramai 22 orang penuntut2 terdiri dari 14 orang penuntut2 tahun pertama dari Sekolah Latehan Guru2 di Batu Lintang, Kuching; 7 orang penuntut2 tahun kedua dari Sekolah Latehan Guru? di Batu Lintang juga dan saorang Guru Perempuan, iaitu Che' Gu Pengiran Umi binte Pengiran Idrus dari Sekolah Melayu Sultan Muhamad Jomal-ul-Alam, Brunei.

PENUNTUT2 BAHARU

Penerimaan penuntut2 baharu dijangka akan dijalankan dalam bulan June atau July tahun ini, iaitu apakala bangunan yang berhubong dengan Sultan Omar Ali Saifuddin College, Brunei telah disiapkan.

***

20 ORANG PENUNTUT2 DI BRUNEI LULUS PEPEREKSAAN "SARAWAK JUNIOR CERTIFICATE"

Seramai 20 orang penuntut2 dari 3 buah Sekolah2 Inggeris dalam Negeri Brunci, telah lulus pepereksaan "Sarawak Junior Certificate" yang telah dijalankan pada bulan December, 1955 dibawah anjoran Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Jabatan Pelajaran Negeri Brunei.

Penuntut2 yang telah lulus dalam pepereksaan sebut, ialah :-

Sultan Omar Ali Saifuddin College, Brunei : Rachael Daniel, Abdul Aziz bin Umar, Abdul Hamid bin Ja'afar, Hassan bin Mohammed Yusof, Mohammed Ali bin Mohammed Daud, Mohammed Ja'afar bin Noordin dan Zakaria bin

Sulaiman …