Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/1

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

PELITA BRUNEI

Tahun 1 Nombor 1
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
15 February, 1956

TITAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN BRUNEI

KAPADA "PELITA BRUNEI"

 Saya sangat sukachita mengetahui yang Pejabat Penerangan kita telah mengeluarkan berita Keraja'an "PELITA BRUNEI" yang akan dapat dibacha oleh pendudok2 Negeri, terutama oleh pendudok2 yang jauh dari pekan2, yang diam didarat2 dan diulu2. Saya perchaya berita yang dapat mencheritakan perjalanan dan usaha2 Keraja'an dari satu masa kasatu masa akan memberi peluang kapada pendudok2 semua mengikuti aras keadaan kemajuan Negeri, dan perkhidmatan2 yang dijalankan bagi kebajikan mereka.

 Saya sangat sukachita dapat peluang menyampaikan amanah kapada sekalian pendudok2 negeri yang dikasehi menerusi keluaran "PELITA BRUNEI" ini. Ini adalah lagi satu daripada usaha2 perkhidmatan Keraja'an dalam perkara memberi penerangan kapada ramai dan saya berharap mudah2an maju dan jaya "PELITA BRUNEI" dalam usaha2nya.

 Kita seharuslah mengetahui bahawa Keraja'an sentiasa berusaha kuat untok berkhidmat kapada ramai dalam berbagai2 ranchangannya menuju kebaikan dan kemajuan Negeri. Pertimbangan2 dan pertadbiran2 yang sebaik2nya sangat mustahak untok mengusahakan ranchangan2 perkhidmatan itu. Banyak kesukaran2 dan halangan2 yang dihadapi oleh Pegawai2 yang diberi tugas melaksanakannya, yang tidak chukop difaham atau diketahui oleh separoh daripada orang2 kebanyakan, yang terpaksa mengambil masa dan tenaga yang lebeh.

 Dalam keadaan yang demikian sudah tentu kadang2 ra'ayat terduga dengan perasaan yang kurang puas hati. Suasana yang sarupa ini bukan sahaja akan didapati dalam Negeri kita Brunei ini, yang maseh muda lagi dalam usaha perkembangannya, tetapi juga dialamai oleh semua negeri2 yang besar di dunia luar yang luas ini. Keraja'an tidaklah akan berjaya dengan usaha2nya sendiri sahaja untok kemajuan Negeri. Kerjasama yang sapenohnya dari ra'ayat serta timbangrasa dan sama faham akan segala kesukaran2 dan kepayahan2 yang dihadapi oleh Keraja'an adalah sangat2 dikehandaki supaya menjayakan ranchangan2 kemajuan dan perkembangan Negeri kita.

Kita tentu sama...