Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-16 Jun 1956.pdf/4

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

buah2 kawang dan lada untok kegunaan mengutip chukai mulai dari 11 June, 1956 iaitu :

Buah 2 kawang 30.75 sapikul; lada puteh * 80.57 sa- pikul dan lada hitam 64.73 sapikul.


PERKEMBANGAN NEGERI IRAQ

Iraq ialah salah satunya daripada negeri2 Islam dalam daerah Timor Tengah yang mempunyai kekayaan yang amat besar yang datangnya daripada hasil minyak. Padang2 Minyak Mosal yang mashor itu adalah dudoknya dalam negeri Iraq.}}

Sabagai Negeri Brunei, Iraq ada mempunyai ranchangan2 perkembangannya sendiri, dan baharu2 ini dalam suatu minggu mereka telah dapat membuka 6 buah ranchangan2 yang baharu. Minggu ini dipanggil Minggu Perkembangan, dan pembukaan ker- ja2 ranchangan yang baharu itu telah senghaja diaturkan kera- na Minggu Perkembangan itu.

Salama beribu2 tahun yang lampau, Iraq telah mengalami benchana ayer bah yang sangat merosakkan daripada Sungei Tig- ris, tetapi sekarang dibawah Ranchangan Perkembangannya, sa- buah bendungan ayer yang amat besar telah dibena lengkap de- ngan terusan ayernya, dan sekarang telah menjadi mudah bagi mengalihkan perjalanan ayer sungei itu kaarah tanah lembah yang rendah pada masa ayer bah.

Pada masa minggu yang baharu2 ini salepas telah dibuka- nya bendungan ayer yang baharu itu, daerah itu telah ditimpa oleh hujan yang amat besar dan Kerajaan telah berpeluang me- nunjokkan bagaimana chara yang baharu itu dapat mengalihkan ayer Sungei Tigris itu serta menjauhkan benchana ayer bah yang kebiasaannya terjadi pada masa dahulu. Ayer sungei itu naik kapada ukuran yang sederhana, dan tiadalah sasuatu ke- rusakkan yang terjadi. Iraq berharap hendak mengadakan suatu Minggu Perkembangan yang tertentu pada tiap2 tahun apabila ranchangan2 baharu dibuka.

Saperti Brunei, Iraq maseh menggunakan beberapa banyak orang Eropah dan penasehat2 asing dan sabahagian daripada me- reka adalah menjadi ahli daripada Lembaga Perkembangan Negeri Iraq.

Persamaan dengan Brunei lagi ternyata dalam perkara di- mulakannya Ranchangan Perkembangan negeri Iraq dalam tahun 1951; dan salanjutnya beberapa tahun telah lenyap sabelum ternyata bukti2 daripada Ranchangan Perkembangan itu. Peristiwa ayer bah yang selalu terjadi itu adalah suatu sebab2 yang telah meng- ganggu kerja Perkembangan, dan bendungan ayer yang besar itu terpaksa dibuat dahulu.

Ranchangan Perkembangan Negeri Iraq telah diaturkan de- ngan tujuan meninggikan taraf penghidupan pendudok2nya dengan saberapa chepat, dan mereka sangat menaroh perhatian terhadap usaha mengadakan Ranchangan2 Tali Ayer. Keadaan perumahan2 di Iraq tidaklah bagitu baik sabagai di Brunei, tetapi ternyata- lah bahawa dikedua2 tempat ini perumahan2 yang baharu sangatlah dikahendakki.

Lagi saperti Brunei, chepatnya perkembangan di Iraq itu bukanlah terhad oleh kerana wang, tetapi oleh kerana kekura- ngan orang2 dan buroh2 yang berpengalaman. Ranchangan Perkem- bangan mereka boleh dapat diselesaikan dengan lebeh chepat

jikalau ada banyak...