KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
DYMM SULTAN BRUNEI MELAWAT MALAYA
Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Sai- fuddin telah berangkat dari Brunei ka Singapura dengan kapal terbang Tentera Laut Diraja British jenis "Sunderland" pagi hari Ithnin 11 June, 1956 kerana menjalankan lawatan tidak rasmi Baginda dan dari sana akan melawat Pulau Pinang dan Kelantan di Persekutuan Tanah Melayu.
Putera Baginda yang sulong, Pengiran Muda Hassanal Bolkiah dan Puteri Baginda yang sulong, Pengiran Anak Puteri Masnah telah berangkat bersama Baginda. Baginda iringi oleh Wazir Yang Pertama Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara dan Setia Usaha Sulit Baginda, Pehin Dato' Haji Ibrahim bin Jahfar.
Bersama2 berangkat dengan kapal terbang itu ialah Yang Berhormat British Resident Brunei, Mr. J.O. Gilbert yang akan melanjutkan chuti panjangnya ka United Kingdom.
Kira2 seramai 200 orang dari berbagai2 bangsa, termasok beberapa orang Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri dan Pegini? Kerajaan telah berhimpon di Tambatan Bandar Brunei pada pagi hari tersebut untok menguchapkan Selamat Jalan kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan; British Resident Brunei dan lain2- nya.
Duli Yang Maha Mulia Sultan dan rombongan Baginda te- lah berlepas dari Tambatan Bandar Brunei dengan sabuah kapal Kerajaan pada pukol 8.45 pagi dan telah menaikki kapal ter- bang Tentera Udara Diraja British berdekatan Pulau Sibungor di Sungei Brunei.
Menurut suatu berita yang diterima disini rombongan Duli Yang Maha Mulia Sultan telah selamat tiba di Singapura pada pukol 2.30 petang hari tersebut.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dijangka akan balek ka Brunei pada penghujong bulan ini.
PEMANGKU2 RAJA NEGERI BRUNEI
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha Anak Haji Mohamed Alan ibnu Almerhom Pengiran Anak Abdul Rahman dan Yang Mulia Pengiran Maharaja Laila Anak Muda Kahar ibnu merhom Pengiran Haji Mohamed Yassin telah dilantek menjadi Pemangku2 Raja Negeri Brunei pada masa Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin berada diluar negeri.