Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-15 OKTOBER 1957E.pdf/5

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

- 5 -


Hadiah yang keempat di-menangi oleh Kampong Tamoi Tengah; kelima Mata-mata Brunei Jati; keenam Kampong Pekan Lama; ketujoh PWD Workshops; kedelapan Mata-mata Brunei; kesembilan Kampong Sumbiling dan yang mendapat hadiah kesepuloh ia-lah Kampong Peramu.

Hadiah2 khas untok murid2 sekolah dalam Perarakan Darat; yang merebut hadaih pertama ia-lah Sekolah Melayu Sultan Mohammad Jamal-ul-Alam (lakai2); kedua Sekolah Melayu Sultan Mohammad Jamal-ul-Alam (perempuan) dan hadiah yang ketiga terpulang kapada Sultan Omar Ali Saifuddin College.

Kampong Pekan Lama telah berjaya mendapat hadiah pakaian yang terbaik sakali, dan Kampong Kianggeh pula memperolehi hadiah untok chogan kata yang terbaik sakali.

Sambutan yang meriah di-Mesjid Pekan Brunei, yang mendapat hadiah yang pertama ia-lah PWD Workshop, kedua PWD bahagian Bangunan dan hadiah yang ketiga terpulang kapada Jabatan Municipal.

***

PEJABAT PENDAFTARAN KERANA MENCHARI KERJA

Sa-buah Pejabat untok memberi peluang kepada orang2 yang ingin hendak menchari kerja dan juga kapada orang2 yang berkehandak menchari pekerja2 untok bekerja dengan mereka, telahpun di-buka di-Bandar Brunei baharu2 ini bertempat buat sementara di-sa-buah bilek yang berhampiran dengan Bilek Mahkamah.

Pejabat tersebut ada-lah di-bawah kelola'an bekas Sergeant Major Ibrahim bin Nudin. Beliau ini akan mendaftarkan nama dan kehendak2 baik orang2 yang menchari kerja ataupun orang2 yang berkehendakkan pekerja2.

Barang siapa yang ingin hendak mendaftarkan nama-nya untok salah satu dari pekerja'an Pejabat ini sila-lah berhubong dengan Pehak Yang Berkuasa.

***

linestyle-dashed

Pemangku Al-Sultan, Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengeran Bendahara dan Tuan British Resident, Yang Berhormat Mr J.O. Gilbert telah menghadziri Persidangan kali Yang Kedelaipan Perwakilan Kawasan2 Brunei, Sarawak dan Borneo Utara yang telah di-langsongkan di-Jesselton, Borneo Utara baharu2 ini.

***