Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-15 OKTOBER 1957E.pdf/10

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

- 10 -


Semasa api mulai bermaharaja lela, Pasokan Domba dan Pasokan2 Police dengan di-ketuai oleh Chief Police Officer, Mr T.S. Anderso telah berkejar ka-tempat yang berlaku kebakaran itu dengan serta merta dan satelah bekerja keras melawan api itu dalam tempoh kira2 20 minit maka api itu pun dapat di-tewaskan. Samentara itu Pasokan Police juga telah berjaga di-kawasan Power Station itu untok menyelamatkan sabarang kemalangan yang mongkin berlaku di-kalangan orang2 ramai yang hendak menyerbu masok ka-dalam kawasan yang marabahaya. Tidak ada apa2 kemalangan berlaku.

Satelah api itu dapat di-tewaskan dengan sechukup-nya, maka anggota2 Power Station pun terus memereksa dan memperbaiki mana2 saloran eliktrik yang telah di-putuskan dan dalam tempoh dua jam sahaja salepas berlaku peristewa tersebut, pembahagian eliktrik to dapat di-adakan saperti biasa.

Samentara itu pula, pehak Kerajaan Brunei sedang membuat perhubongan dengan sa-buah sharikat di-Singapura yang telah memasang jentera Power Station di-Bandar Brunei untok menghantarkan wakil-nya ka-Brunei bagi memereksa dan juga memperbaiki jentera yang telah rosak akibah kebakaran itu.

***

PERSEKOLAHAN ORANG2 DEWASA DI-ADAKAN DI-BRUNEI SEKARANG

Darjah Pelajaran menulis dan membacha Bahasa Melayu untok orang2 dewasa yang tidak dapat peluang belajar pada masa yang lalu sekarang sedang di-adakan di-Brunei.

Darjah ini bertempat di-banguna2 sekolah pada masa murid2 sekolah tidak menggunakan darjah-nya masing2, dan guru2 yang akan mengajar ada-lah guru2 yang terlateh.

Orang2 ramai yang ingin memasoki peluang ini, hendaklah berumor tidak kurang dari 16 tahun atau yang berumor lebeh dari 5 tahun. Keraja'an tidak akan mengadakan sebarang bayaran kapada penuntut2 darjah ini; buku2 pelajaran juga akan di-beri perchoma oleh pehak Keraja'an.

Penghulu2, Ketua2 Kampong dan lain2 orang yang tertarik hati bagi memulakan darjah2 tersebut hendak-lah membuat perhubongan dengan saberapa segera kapada Tuan Pegawai Pelajaran Negeri, di-Pajabat Pelajaran Negeri Brunei yang bertempat di-Bandar Brunei.

***