Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-15 OKTOBER 1957E.pdf/1

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Tahun 2. No. 17
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
15 OCTOBER, 1957.

SAMBUTAN MAULUDUN NABI DI-BRUNEI D.P.B. BERHARAP PERAYA'AN2 DI-ADAKAN PADA TIAP2 TAHUN KADZI BESAR NASEHATKAN "TUNTUT-LAH ILMU WALAU KA-NEGERI CHINA

UMAT ISLAM di-seluroh negeri Brunei telah menyambut Hari Ulangan Tahun Keputera'an Nabi kita Mohammad SAW dengan mengadakan perayaan2 sechara besar2an di-beberapa Da'erah pada Hari Ahad 6 hbl. October, 1957.

Salain daripada mengadakan Majlis2 Berzikir dan Kenduri di-Mesjid2, Perarakana juga di-adakan pada tahun ini sabagaimana yang telah di-jalankan pada tahun2 yang lalu.

Perarakan Laut di-Bandar Brunei telah di-langsongkan pada malam 4 hbl. Cetober, manakala Perarakan Derat pula pada petang Hari Ahad 6 hbl. October, 1957. 7 pasokan2 dari Kampong Ayer telah mengambil bahagian dalam Perarakan. Laut dan 36 pasokan2 telah mengambil bahagian dalam Perarakan Darat.

Hadiah2 kapada pasokan2 yang berjaya dalam kedua2 perarakan tersebut dan juga un tok sambutan2 yang meriah di-Mesjid Pekan Brunei telah di-sampaikan oleh Pemangku Al-Sultan, Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengeran Bendahara salepas selesai dilangsongkan perarakan darat di-Padang Pekan Brunei pada petang Ahad 6 hbl, October.

Sebelum menyampaikan hadiah2 tersebut, sharahan2 telah pun di-lapadzkan oleh pensharah2 yang terkemuka, termasok Yang Ter-amat Mulia sendiri. Yang Berhormat Pengeran Ali bin Pengeran Haji Mohammad Daud, Setia Usaha Peraya'an terma'lum telah juga mela-fadzkan kata2 yang berharga manakala Tuan Haji Othman bin Haji Mohammad Sa'id, Pengelola dan Penyusun Sekolah2 Ugama bagian seluroh Negeri Brunei telah melafadzkan sharahan-nya berkenaan/perjuangan Nabi Mohammad untok memajukan Ugama Islam. Buat penutup hari yang bersejarah itu Do'a Selamat telah di-bachakan oleh Pehin si-Raja Khatib.