Kekachauan Di Timor Tengah:
"PERNIAGAAN KAMI SAPERTI BIASA":- JERUCHAKAP SHARIKAT MINYAK DIKAWASAN BRITISH BORNEO
Berita2 angin telah meribak dibeberapa buah Daerah diBru- nei dan juga dikawasan Sarawak Utara baharu2 ini bahawa pehak yang berkuasa pertubohan2 minyak diBritish Borneo akan mengu- rangkan perbelanjaan2 mereka berhubong dengan kegentingan yang berlaku diTimor Tengah.
Berhubong dengan perkara tersebut, saorang Jeruchakap dari pertubohan2 minyak tersebut menerangkan bahawa segala be- rita2 angin itu tidaklah mempunyai asas yang tertentu.
"Kekachauan diTimor Tengah sunggoh pun telah menye- babkan kegendalaan mengenai perusahaan2 minyak seluroh dunia", kata beliau tetapi per tubohan2 mi- nyak dikawasan British Borneo kini sedang menjalan- kan perniagaan kami saperti biasa".
Jeruchakap itu berasa hairan dari manakah asalnya puncha berita2 angin sademikian. Meskipun begitu, beliau perchaya ha- ruslah berita2 angin itu telah meribak satelah pertubohan2 mi- nyak British Malayan Petroleum Company Limited dan Sarawak Oil- fields Limited menjalankan peninjauan mengenai perbelanjaan2 mereka.
Lebih lanjut Jeruchakap itu menerangkan bahawa, "Semasa perusahaan minyak diseluroh dunia menghadapi masa yang kurang baik, sudah samestilah kami menjalankan peninjauan berhubong dengan masa 'elah perbelanjaan kami, dan pada masa sekarang kami TETAP menjalankan perusahaan kami saperti biasa".
JEMA'AH2 HAJI PADA TAHUN 1957
Menurut satu kenyataan yang rasmi dari Pejabat 'Adat Isti- adat, Ugama dan Kebajikan Negeri Brunei, seramai 172 orang lelaki dan perempuan dari seluroh Negeri Brunei telah pun mendaftarkan nama2 mereka di Pejabat itu untok menunaikan fardzu Haji pada tahun 1957.
Jika dibandingkan pada tahun2 yang lalu, bakal2 jema'ah2 Ha- ji pada tahun 1957 adalah terlebeh banyak lagi daripada tahun2 1956 dan 1955. Pada tahun 1956, seramai 152 orang lelaki dan pe- rempuan dari Brunei telah berangkat ka Mekah; manakala pada tahun 1955 hanya 33 orang sahaja dari Negeri ini yang telah berangkat ka Tanah Suchi menunaikan fardzu Haji.
Diantara bilangan bakal2 jema'ah2 Haji dari Brunei pada ta- hun 1957, sapuloh orang daripadanya akan berangkat ka Mekah atas perbelanjaan perchuma dari Kerajaan Brunei, iaitu mengandongi 7 orang Pegawai2 Kerajaan dan tiga orang lagi Menteri2 Darat.
PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN YANG BAHARU
Pengiran Puteh bin Pengiran Haji Rajid, bekas Kerani Besar di Pejabat Pelajaran Brunei, telah dilantek menjadi saorang Penolong Pegawai Penerangan baharu2 ini.
- - - - - - - - - - -