Pergi ke kandungan

Laman:PELITA BRUNEI - 1 SEPTEMBER 1957E.pdf/6

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

- 6 -

5 ORANG CHINA DITANGKAP - 3 DIBEBASKAN DAN 2 DIPINJARA

Lima orang China, iaitu Sia Tau Kam, Chang Swee Kee, Lai Kaw, Lim Chin Tee dan Lim Lian Hang telah dibi charakan diMahkamah Hakim yang Pertama dihadapan Tuan Hakim R.G.P.N. Combe O.B.E., baharu2 ini atas tudohan menyimpan perkakas 2 yang digunakan untok menghisap chandu.

Mereka itu telah diserbu dalam sa-buah rumah orang China diKampong Ayer, Bandar Brunei pada 10 August, 1957 oleh sa-rombongan Pegawai2 Custom yang diketuai oleh Chief Superviser of Custom, Mr Teo Kim Yeo dan diikuti oleh Pegawai2 Custom, Awang Omar bin Duah, Pengeran Damit bin Pengeran Anak Santu dan Abu Bakar bin Haji Panjang satelah mendapat khabar bahawa ada beberapa orang China dirumah yang terma'lum yang mempunyai perkakas2 menghisap chandu dan juga menjadikan rumah itu sebuah tempat menghisap chandu.

Inspector Chua Kong Leng telah menjalankan penda'wa'an bagi pehak yang berkuasa, dan keterangan2 telah diberi oleh dua orang saksi2, iaitu Mr Teo Kim Yeo dan Awang Omar bin Duah.

Pada masa dijalankan pembichara'an diMahkamah tersebut, atas perentah dari Tuan Hakim pembichara'an itu telah berihat sajurus kerana Tuan Hakim bersama2 dengan beberapa orang pegawai 2 Custom dan orang2 salah itu telah pergi ka-rumah dimana orang2 salah itu telah ditangkap.

Apabila pembichara'an ini dijalankan semula, Tuan Hakim pun menguchapkan tahniah kapada Jabatan Custom atas langkah yang telah dijalankan-nya itu yang semata2 untok kebaikkan ramai.

Tuan Hakim R.G.P.N. Combe telah membebaskan 3 daripada 5 orang2 tangkapan itu, iaitu Sia Tau Kam, Chang Swee Kee dan Lai Kaw. Kemudian telah menjatohkan hukum penjara kerja rengan salama 3 bulan kapada yang dua orang lagi dan samasa mereka berada dipinjara mereka akan diberi perubatan.

Selanjut-nya Tuan Hakim telah mengeluarkan perentah supaya pehak yang berkuasa janganlah mengembalikan perkakas2 menghisap chandu yang telah dirampas oleh pegawai 2 Custom pada masa dilakukan serbuan dirumah orng2 yang mempunyai perkakas2 itu kapada mereka.

Tuan Hakim juga telah mengeluarkan perentah supaya wang saba-nyak $14.95 kepunya'an Lim Chin Tee yang telah dihukumkan penjara salama tiga bulan dikembalikan kapada-nya pada masa ia keluar dari tahanan itu nanti.


PEGAWAI KEHUTANAN NEGERI BERANGKAT KAAUSTRALIA

Pegawai Kehutanan Negeri Brunei, Mr B.E. Smythies telah berangkat kaAustralia dengan kapal terbang baharu2 ini dimana beliau akan mewakili Negeri Brunet, Sarawak dan Borneo Utara dalam peridangan pegawai2 Kehutanan Tanah2 Jajahan British.

Persidangan itu diadakan pada tiap2 lima tahun sa-kali dan wakil2 yang hadzir dipersidangan itu diberi peluang melawat ka-beberapa banyak tempat diAustralia dan New Zealand supaya dapatlah mereka menyaksikan hutan2 yang besar dan juga mempelajari hal ehwal kehutanan diNeger2 itu.

Pegawai Kehutanan Negeri Brunei itu dijangka akan balik ka-Brunei kira2 dalam bulan October hadapan.