Pergi ke kandungan

Laman:PELITA BRUNEI - 1 SEPTEMBER 1957E.pdf/2

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

- 2 -

KENYATA'AN KHAS

Pegawai Penerangan Negeri Brunei ada lah dengan ini menerag-kan kapada orang2 ramai bahawa siaran di-muka pertama akhbar "Berita Brunei" bertarikh pada 15 haribulan August, 1957 ada lah mengendongi satu berita yang tidak benar mengenai pertemuan di-antara Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi bagi Negeri Brunei dengan Saudara A. M. Azahari.

Dalam siaran tersebut, akhbar itu telah menyebut bahawa "Pesuroh Jaya Tinggi bagi Negeri Brunei, Sir Anthony Abell akan menguruskan dan mengatorkan supaya Rombongan "Merdeka" Partai Ra'ayat Negeri Brunei ka United Kingdom itu nanti, akan dapat berjumpa dengan Setia Usaha Negara bagi Tanah2 Jajahan.

Keterangan yang lengkap berkenaan dengan pertemuan di-antara Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi dengan Saudara A.M.Azahari ada-lah saperti berikut:

"Saudara Azahari telah meminta keterangan mengenai hal ehwal yang lanjut berkenaan dengan 'Memorandum" Negeri Brunei yang di rangkakan oleh Mr. Walter Raeburn. Tuan Yang Terutama menjawab bahawa "Memorandum" itu telah pun di hantarkan kapada Setia Usaha Negara bagi Tanah2 Jajahan mengendongi ulasan2 Tuan Yang Terutama, tetapi dalam fikiran Tuan Yang Terutama, "Memorandum" itu hendak-lah terlebeh dahulu di alamatkan kapada Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan,

Tuan Yang Terutama berkata bahawa Saudara Azahari mesti lah mengemukakan sebarang ulasan-nya berkena'an dengan Perlembagaan itu terlebeh dahulu kapada Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan melalui Majlis2 Mashuarat Daerah di mana Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi berfikir chadang2nya itu kelak mendapat perhatian dan pertimbangan,

Selanjut-nya Tuan Yang Terutama telah menchadangkan bahawa rombongan ka London itu akan merugikan wang. Saudara Azahari berkata bahawa beliau sudah pun membuat ranchangan mengenai pemergian rombongan-nya ka London dan telah pun menghantarkan kawat kapada Setia Usaha Negara bagi Tanah2 Jajahan meminta di adakan pertemuan dengan-nya dan perkara itu sedang di selenggarakan oleh Mr. Raeburn. Tuan Yang Terutama berkata lagi bahawa jangan-lah Saudara Azehari menaroh bimbang yang ia akan mendapat layanan yang tidak baik semasa ia pergi ka London nanti,

Tuan Yang Terutama selanjut-nya, tidak pernah berkata yang Setia Usaha Negara bagi Tanah2 Jajahan akan bertemu dengan Rombongan yang tersebut, atau pun Tuan Yang Terutama telah sanggop membuat sebarang urusan mengenai sambutan ahli2 rombongan itu semasa mereka berada di London."


LAWATAN KAPAL PERANG "ALERT" KA BRUNEI

Laksemana Sir Alan Scott-Moncrieff K.C.B., C.B.E., D.S.O., Penglima Agong Angkatan Tentera Laut Di-Raja British di Perhentian

(bersambung di-muka 3)

PANCHARAGAM POLICE NEGERI BRUNEI BALIK

Empat puloh orang pasokan Pañcharagam Police Brunei yang telah berangkat ka-Kuching pada bulan June tahun ini untok berlateh, telah selamat balek ka-Brunei dengan kapal Bolkiak pada 30 August, 1957 yang lalu.