Laman ini belum dibaca pruf
Akta Malaysia 1963
Bab 35 1
ELIZABETH II
1963 BAB 35
Suatu Akta untuk membuat peruntukan dan berhubung dengan persekutuan bagi Borneo Utara, Sarawak dan Singapura dengan Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada. [31 Julai 1963]
Adalah ia digubal oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Ratu, oleh dan dengan nasihat dan persetujuan Tuan-tuan Rohaniah dan Duniawi, dan Dewan Rakyat, di dalam Parlimen bersidang sekarang ini, dan dengan kuasa yang sama, seperti berikut:— Malaysia.
- 1.—(1) Bagi tujuan membolehkan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura (dalam Akta ini dirujuk sebagai "Negeri-Negeri baharu") untuk bersekutu dengan Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada (dalam Akta ini dirujuk sebagai "Persekutuan"), Persekutuan selepas ini dipanggil sebagai Malaysia, pada hari di mana Negeri-negeri baharu dipersekutukan seperti yang tersebut sebelumnya (dalam Akta ini dirujuk sebagai "hari yang ditentukan") kedaulatan dan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia berkenaan dengan Negeri-negeri baharu hendaklah diserahkan supaya diberi hak mengikut cara yang dipersetujui antara United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara, Persekutuan dan Negeri-negeri baharu.
(2) Duli Yang Maha Mulia boleh dengan Titah dalam Majlis menggubal Perlembagaan-perlembagaan Negeri untuk berkuat kuasa bagi Negeri-negeri baharu sejurus sebelum hari yang ditentukan.
Pengubahsuaian berbangkit dari Akta-akta Kerakyatan British.
- 2.—(1) Pada dan selepas hari yang ditentukan Akta-akta Kerakyatan British 1948 dan 1958 hendaklah berlaku seperti mana dalam subseksyen (3) seksyen 1 Akta 1948 (yang memperuntukkan orang untuk menjadi rakyat British atau warganegara Komanwel berdasarkan kewarganegaraan negara-negara tertentu) untuk perkataan "Persekutuan Tanah Melayu, Negeri Singapura" digantikan dengan perkataan "Malaysia".