itu maka segera ia turun ke serambi melihat pada sisir istana itu maka dilihat baginda ada orang terdiri seorang mengadap pada istananya maka titah baginda siapa engkau maka sembahnya ta'if ampun tuanku patik malamlah patik berkawal pada istana duli yang maha mulia baharulah pada malam inilah patik melihat duli shah alam maka titah baginda adakah engkau men[d]engar suara tadi maka sembah ta'if tiga harilah sudah patik dengar suara itu tuanku kerana patik meninggal daripada berkawal di bawah istana duli shah alam ini maka titah baginda pergilah engkau lihat suara apa itu maka ta'if itu pun pergi mengikut sebelah bunyi suara itu telah sampai ia pada tempat suara maka dilihatnya oleh ta'if seorang perempuan terlalu baik parasnya ia berseru-seru maka kata ta'if siapa tuan hamba ini dan betapa kata tuan hamba tadi maka kata perempuan itu akulah rahsia raja tabu setana itu telah keluarlah hamba daripada baginda itu siapalah dapat lagi mengembalikan hamba itu kepada raja itu lagi maka kata ta'if apa ertinya kata tuan hamba itu maka perempuan berkata adapun akan raja tabu setana telah singkatlah umurnya dan berpalinglah daulatnya sampailah pada ajalnya maka kata ta'if bahagia raja betapalah perinya maka kabul tuan hamba kembalilah kepada raja hamba dan buai bermimpi-mimpi daulatnya dan isi umurnya perlanjut dan sebagai manakah kebaktian hamba kepada tuan kami itu maka sahut perempuan
Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/15
Penampilan