pada Allah S.W.T.
(2) Semua perkataan dan ungkapan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 Akta 388. hendaklah masing-masing mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Bahagian itu setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
Kecualian prerogatif. 3. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata prerogatif. dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Besar sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Sembilan G N sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
BAHAGIAN II
PELANTIKAN PENDAFTAR, TIMBALAN PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR
Pelantikan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar. 4. Hendaklah dilantik seorang Pendaftar dan apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen dan Penolong ini.
Fungsi Pendaftar. 5. Pendaftar hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
- (a) mendaftarkan tarekat tasawuf;
- (b) menyimpan dan menyenggara atau menyebab