7. Tujuan jangka panjang Komunis itu tidak pernah berubah, tetapi tipu muslihat dan chara²-nya, baik yang di-pegang mahu pun yang di-pakai-nya. ada-lah berubah² dan kerap kali teramat lichin. Di-Persekutuan Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya dengan sifat-nya sa-bagai perwakilan tempalan Pergerakan Komums Dunia ada-lah merupakan ikhtiar yang utama yang boleh di-dapati oleh Komunis² itu untok menggalakkan faham Komunis di-sini. Perkara ini bukan-nya-lah ikhtiar yang tungal kerana ada juga badan² luar yang sama bekerja. Semenjak di-adakan Congress yang ke-20 Parti Komunis Soviet Union pada tahun 1956, empat chara yang ada berkaitan ada-lah di-gunakan untok mengembangkan pengaroh Komunis di-negeri2 yang bukan Komunis dan juga di-Persekutuan Tanah Melayu:
(a) Mendirikan Alat² Parti.
8. Suatu perishtiharan yang di-terbitkan dalam Persidangan Komunis di Moscow pada bulan November, 1957 telah menegaskan peranan penting Parti² Komunis kebangsaan dengan berkata “Parti Komunis ada mempunyai tanggong-jawab yang mustahak terhadap kapada untong nasib peratoran socialis[1] dunia dan pergerakan Komunis antara bangsa.”
9. Sa-bagaimana di-dalam semua Parti Komunis yang tulin, diri persa-orangan ahli² Parli Komunls Malaya ada-lah terikal satu sama lain pada fahaman-nya dengan jalan menerima ajaran2 theori faham Marx-Lenin dan kewajipan menyebarkan theori² sa-umpama itu. Perishtiharan Moscow pada bulan November, 1957, itu berkata: “ … pelajaran pegawai² Parti² dan ra‘ayat sakalian mengikut faham Marx-Lenin ia-lah suatu tugas yang mustahak bagi Parti² Komunis." Parti Komunis ada-lah berdasarkan kapada susunan dan tatatertib Parti Komunis Soviet Union; maka sa-panjang yang mengenai diri persa-orangan ahli²,ini berma‘ana ia telah menerima penoh bukan sahaja ajaran Komunis bahkan juga tatatertib Parti yang keras, dan
- ↑ Komunis² menggunakan perkataan “faham sosialis" itu dalam erti kata yang Istimewa untuk manggambarkan chara susunan Kerajaan yang ada di-negeri2 Komunis. Tafsiran Komunis itu, jangan-lah di-kelirukan dengan erti perkataan itu dari segi demokrasi.
3