Pergi ke kandungan

Laman:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/41

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

75. Berlainan daripada chara pemerintahan kuku besi sa-buah Kerajaan Komunis, maka chara demokrasi tidak-lah boleh di-jalankan dari atas, kerana Kesempurnaan faham dan amalan demokrasi ada-lah hanya datang-nya daripada kehendak dan kemahuan ra‘ayat sendiri. Oleh itu tiap² orang yang menumpukan ta‘at setia-nya kapada Tanah Melayu ada-lah mem-punyai dua kewajipan dan tanggong-jawab jika ia hendak mengambil bahagian dalam pembenaan negara serta pembentokan sifat dan chorak-nya. Ia mempunyai kewajipan dan tanggong-jawab mengekalkan perasaan hidup berbaik² saling memahami di-kalangan musharakat yang terdiri daripada berbagai² bangsa ini untok kepentingan keamanan dan kema‘moran sakalian ra‘ayat Tanah Melayu dan hendak-lah ia berjaga² menentang apa² pendapat atau perbuatan yang terkeluar dari faham demokrasi dan chara hidup Tanah Melayu yang tenteram ini.

Kuala Lumpur

24hb February, 1959
PEJABAT CHETAK KERAJAAN, KUALA LUMPUR