Pergi ke kandungan

Laman:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/39

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

PENUTUP 69. Parti Komunis Malaya ada-lah mengikut tujuan dan dasar Faham Komunis antara bangsa dan menerima pimpinan dua buah parti Komunis yang terbesar ia-itu yang di-negeri Russia dan di-negeri China dalam pergerakan sa-dunia itu. Ia mendapat panduan daripada parti ini. Ia mendapat bantuan sa-chara tidak langsong menerusi usaha untok mengem- bangkan pengaroh Komunis di-dunia ini dan khas-nya menerusi usaha² Parti Komunis China untok meng- galakkan faham Komunis di-antara orang China "seberang laut". 70. Parti Komunis Malaya telah sedar yang ia telah tersilap memulakan "perjuangan bersenjata-nya" dalam tahun 1948. Sekarang ia chuba hendak menebus kerugian mereka dengan berbalek chara² jangka panjang berikhtiar supaya terbentok suatu "Barisan Bersatu", dan dengan meresap dengan sulit menerusi barisan bersatu itu dapat-lah kelak ia mengator langkah bagi chiba merebut kuasa sa-kali lagi. 71. Daripada tugas kewajipan dan dasar Parti itu dapat-lah di-ketahui jalan2 ia hendak meluaskan pengaroh-nya. Daripada-nya juga nyata-lah dengan jelas-nya bahawa sharat yang mustahak bagi menchapai tujuan Komunis ia-lah pengkhianatan. Sa-bagaimana yang di-katakan oleh Yeong Kuo, Komunis² “tiada per- chaya kapada perbuatan yang di-benarkan oleh undang² dan tiada puas hati dengan perjuangan terbuka dan halal sahaja "; tugas mereka a lah menyelindongi dan menyokong perjuangan yang haram dengan jalan membuat kerja2 yang terbuka dan halal". Mereka mesti-lah tidak putus² berikhtiar untok meruntohkan Kerajaan yang menghalang Parti daripada memegang teraju pimpinan dan berkuasa penoh dan mereka tiada boleh menumpukan ta'at setia kapada sa barang kuasa lain, melaink 72 Sebab-nya maka faham Komunis itu mer- babaya ia lah kerana pengikut²-nya tiada mahu menerima susunan kerajaan yang tiada mengi'tiraf impinan Parti Komunis, dan bahaya ini menjadi lebeh esar oleh kerana Parti Komunis menggunakan tipu daya dan chara² yang haram untok mendapatkan kuasa Maka tersangat-lah mustahak di-tewaskan 37' •