Pergi ke kandungan

Laman:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/16

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

laut maka segala usaha ada-lah di-jalankan untok memujok akhbar yang sedia ada supaya memuatkan renchana² yang di-terbitkan oleh perwakilan New China News Agency. Pengarah Lu Ting-yi telah menyatakan dengan berterus terang bahawa perwakilan itu adalah menjadi juru chakap Parti Komunis China di-dalam dan di-luar negeri. Bahan² yang telah siap di-sediakan ada-lah di-hantar kapada surat² khabar China “saberang laut” menerusi perkhidmatan² berita khas dengan perchuma atau dengan di-kenakan bayaran yang kechil. Perkhidmatan yang mustahak sa-kali di-antara-nya ia-lah yang di-kenal dengan nama Perkhidmatan Berita² Negeri China (China News Service). Penerbitan ini ada-lah di-maksudkan supaya senang dapat di-salin dan mengandongi perkara memuji² kejayaan dan kemajuan Negeri China sa-bagai hasil sa-telah menerima pimpinan dari Parti Komunis. Surat Khabar China News Service tidak di-siarkan dalam Negeri China kerana tujuan utaman-nya ia-lah untok menarek perhatian orang² China “di-saberang laut” dan supaya mereka menerima pimpinan pergerakan Komunis. Surat khabar ini tidak di-benarkan masok ka-dalam Persekutuan atau di-petek berita²-nya. Ada-lah penting untok di-perhatikan ia-itu jawatan² dalam Lembaga Pengarang-nya mengandongi beberapa orang bekas pendudok² Malaya ia-itu termasuk Pengarang Modern Daily News dan Chiou Jit Pao. Kedua² surat khabar ini telah di-tutup oleh Kerajaan pada awal² dzarurat.

(c) Radio.

29. Siaran Radio ia-lah suatu lagi alat pendi‘ayah dalam Negeri² Komunis dan di-arah dengan rapi-nya oleh Parti itu sa-bagaimana alat pendi‘ayah yang lain. Siaran² dalam bahagian penghiboran-nya yang di-siarkan oleh Perkhidmatan Siaran Luar Negeri Radio Peking itu ada-lah di-maksodkan untok menarek perhatian pendengar² terutama orang² China “saberang laut”, supaya dapat di-pujok mereka menghormati faham Komunis ia-itu dengan memuji² kejayaan yang di-chapai oleh Negeri China dalam masa pemerentahan sekarang dan dengan jalan itu dapat mereka tertarek dengan lebeh mudah kapada pengaroh Komunis yang ada dalam negeri tempat mereka bermastautin.

14