Tenggara Asia dan khas-nya ka-Persekutuan Tanah Melayu.
(a) Penerbitan².
23. “Parti telah berkata bahawa semua alat² di‘ayah ada-lah menjadi senjata bagi perjuangan tingkatan hidup.” (Lidah Pengarang akhbar Peking Chung Kuo Ching Nen Puo) (Pemuda China) bertarikh (4 September, 1958). Lenin telah menetapkan bahawa kawalan ka-atas perkara chetak-menchetak ada-lah perlu supaya dapat sa-sabuah negara itu di-kawal dengan jaya-nya. Kata² ini di-turuti dengan tegas oleh Parti Komunis China sa-bagai yang ternyata daripada petekan dari sa-buah renchana oleh Naib Menteri Kebudayaan yang di-siarkan dalam akhbar Peking Ren Min Ryh Pao (Harian Ra‘ayat) dalam bulan October, 1957:
“Sa-bagai yang di-ketahui oleh ramai buku² ada-lah senjata yang kuat bagi menyebarkan di‘ayah dan pendidekan, dan gudang² penerbitan ada-lah alat pelajaran kebudayaan yang mustahak. Dalam sa-sabuah Demokrasi Ra‘ayat maka perniagaan penerbitan mesti-lah terta‘lok kapadan dan di-kawal oleh Party dan Negara.”
Dasar yang sa-umpama ini juga ada-lah di-kenakan kapada alat² di‘ayah yang lain, saperti filem, akhbar dan radio.
24. Jabatan Di‘ayah Jawatan-kuasa Pusat Parti Komunis China telah dengan terang mengishtiharkan bahawa semua akhbar², majallah², dan buku² mesti-lah mengajarakan kapada orang ramai tentang asas² faham Komunis dan bahawa jika mereka tiada memperjuangkan chita² Komunis dengan satu² chara maka tidak-lah berfaedah di-benarkan berjalan penerbitan-nya. Keterangan atas berjalan-nya dasar ini ada di-beri dalam chontoh yang berikut yang di-petek dari sa-buah renchana yang di-terbitkan oleh New China News Agency dan di-siarkan dalam Shanghai Wen Huey Pao (Aneka Sastera) pada 16 March, 1958, berhubong dengan bertambah besar-nya perusahaan peneribtan di-Negeri China baharu² ini.
“Naib Menteri Ch’en K’e-han dari Kementerian Kebudayaan berkata bahawa tujuan menggalakkan kemajuan besar dalam usaha penerbitan ia-lah untok menguatkan pendidekan berhubong dengan faham sosialis dan chintakan tanah ayer untok menentang musoh baik di-dalam negeri mahu pun di-luar negeri, untok menghapuskan faham kaum modal dan menyokong fayam ra‘ayat jelata (proletariat), Perusahaan
11