“Fakulti”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Fakulti Universiti itu dan termasuklah Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut bagi Universiti itu dan berhubung dengan Kampus Universiti termasuklah mana-mana bahagian Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut yang ditetapkan bagi Kampus itu;
“Institusi Pelajaran Tinggi” ertinya mana-mana Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
“Kampus”, berhubung dengan sesuatu Universiti atau Kolej Universiti, ertinya—
- (a) Kampus atau Kampus Cawangan Universiti atau Kolej Universiti itu;
- (b) Kampus sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1); dan
- (c) kawasan, bersekali dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, sama ada untuk selama-lamanya atau selainnya, oleh Universiti atau Kolej Universiti itu;
“kesalahan boleh daftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang dilantik di bawah subseksyen 4C(1) dan termasuk Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen yang sama;
“Lembaga”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Lembaga Pengarah Universiti itu yang ditubuhkan mengikut Perlembagaan Universiti itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengajian tinggi;
“Naib Canselor”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Naib Canselor, Presiden, Rektor atau Pengarah Universiti itu dan termasuklah mana-mana orang lain, dengan gelaran apa jua disebut,