(5) Penyertaan pakar luar dalam membuat pelantikan boleh ditetapkan oleh Statut.
20A. (Dipotong oleh Akta A1433).
Jawatankuasa Kebajikan Pelajar
21. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Kebajikan Pelajar yang hendaklah terdiri daripada—
- (a) Naib Canselor, yang hendaklah menjadi pengerusi;
- (b) dua orang ahli yang dipilih oleh Majlis Perwakilan Pelajar; dan
- (c) mana-mana ahli lain yang dilantik oleh Lembaga.
(2) Jawatankuasa Kebajikan Pelajar hendaklah mempunyai kuasa sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut.
Jawatankuasa Aduan Pelajar
21A. (1) Jawatankuasa Aduan Pelajar ditubuhkan yang hendaklah terdiri daripada—
- (a) Naib Canselor yang hendaklah menjadi pengerusi;
- (b) dua orang ahli yang dipilih oleh Majlis Perwakilan Pelajar-Pelajar;
- (c) dua orang ahli yang dipilih oleh Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti; dan
- (d) dua orang pegawai lain Universiti yang dilantik oleh Lembaga selepas mengambil kira dengan sewajarnya kepentingan untuk menjamin suatu Jawatankuasa Aduan Pelajar yang mendapat keyakinan pelajar.
(2) Jawatankuasa Aduan Pelajar hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dalam menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa-apa aduan yang dibuat oleh pelajar mengikut cara yang ditetapkan oleh Statut.
Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti
22. (1) Tertakluk kepada kelulusan Lembaga, adalah sah bagi seramai tidak kurang daripada tiga puluh orang siswazah Universiti menubuhkan suatu persatuan yang dinamai Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti.
(2) Persatuan Siswazah atau Alumni Siswazah hendaklah dikelolakan dan ditadbirkan mengikut perlembagaannya dan kaedah-kaedah yang dibuat olehnya tetapi tiada sesuatu perlembagaan tersebut atau kaedah-kaedah yang dibuat itu atau