Laman ini telah dibaca pruf
30
Undang-Undang Malaysia
AKTA 30
telah ditubuhkan di bawah Akta ini tertakluk kepada ubah suaian yang berikut, iaitu:
- (a) sebutan mengenai “Universiti” hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai “Kolej Universiti”;
- (aa) sebutan mengenai “Lembaga” hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai badan eksekutif Kolej Universiti;
- (b) sebutan mengenai “Canselor”, “Naib Canselor” dan “Timbalan Naib Canselor” hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai pihak berkuasa yang berkenaan bagi Kolej Universiti itu;
- (c) sebutan mengenai “Pro-Canselor” hendaklah dipotong; dan
- (d) apa-apa ubah suaian lain yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan seksyen ini.
BAHAGIAN IVA
DAFTAR DAN PANGKALAN DATA
Kewajipan untuk menyenggarakan daftar
22A. (1) Ketua Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggarakan atau menyebabkan supaya disimpan dan disenggarakan suatu Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan yang mengandungi butir-butir mengenai—
- (a) institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
- (b) program yang dijalankan atau disediakan oleh institusi pelajaran tinggi;
- (c) orang yang diberi ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran kehormat;