Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/19

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
19

rencana ringkas mengenai proses mengilang racun makhluk perosak itu; dan

(k) suatu amaun yang ditetapkan bagi contoh racun makhluk perosak yang hendak didaftarkan oleh pemohon.

(3) Lembaga boleh menghendaki pemohon—

(a) supaya memberi kepadanya apa-apa maklumat yang berhubungan dengan racun makhluk perosak itu selain perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2); dan
(b) supaya meminda atau mengubah suai perkara yang dinyatakan dalam perenggan (2)(d) dan (e) agar mematuhi kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang berhubungan dengannya atau, jika tidak ada apa-apa kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan itu pada masa ini, supaya mematuhi dasar Lembaga yang berhubungan dengannya.

(4) Lembaga boleh, bagi mana-mana kes tertentu, mengetepikan mana-mana kehendak subseksyen (2) atau menerima dan bertindak atas sesuatu permohonan yang tidak mempunyai mana-mana daripada kehendak itu, jika ia menganggap bahawa ia boleh bertindak dengan sepatutnya di bawah seksyen 8 walaupun kehendak itu tidak ada.

(5) Tiap-tiap permohonan yang dibuat kepada Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan bayaran permohonan yang ditetapkan.

Pendaftaran dan penolakan untuk mendaftar

8. (1) Apabila menerima sesuatu permohonan yang dibuat dengan sewajarnya di bawah dan mengikut seksyen 7 dan kaedah-kaedahkaedah kaedah, dan setelah dipatuhi oleh pemohon apa-apa kehendak Lembaga yang dibuat di bawah subseksyen 7(3), Lembaga boleh, selepas menjalankan apa-apa siasatan atau penyiasatan yang difikirkannya patut dan perlu dijalankan dan apabila dibayar bayaran