Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
13
itu merupakan satu daripada juzuk dalam bahan, benda, persediaan atau campuran itu;
“piawaian cerakinan” ertinya bahan yang mengandungi suatu perawis aktif dan digunakan sebagai piawaian rujukan dalam pencerakinan sesuatu racun makhluk perosak;
“racun makhluk perosak” ertinya, tertakluk pada subseksyen (2)—
- (a) apa-apa bahan yang mengandungi suatu perawis aktif; atau
- (b) apa-apa persediaan, campuran atau benda yang mengandungi mana-mana satu perawis aktif itu atau lebih sebagai satu daripada juzuknya,
tetapi tidak termasuk makanan yang tercemar atau apa-apa barang yang disenaraikan dalam Jadual Kedua;
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Lembaga.
(2) Bagi maksud Akta ini, sesuatu racun makhluk perosak hendaklah disifatkan sebagai suatu racun makhluk perosak yang berlainan daripada suatu racun makhluk perosak lain jika—
- (a) nama kimia racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada nama kimia racun makhluk perosak yang satu lagi itu;
- (b) nama dagangan atau cap dagangan racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada nama dagangan atau cap dagangan racun makluk perosak yang satu lagi itu;
- (c) perawis racun makhluk perosak itu adalah berlainan daripada perawis racun makhluk perosak yang satu lagi itu, pada jenis, bilangan, kadar, kepekatan, atau dalam hal lain;
- (d) racun makhluk perosak itu dirumuskan secara yang berlainan daripada cara dirumuskan racun makhluk perosak yang satu lagi itu;