Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/10

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 149


Bahagian I

PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini, atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, dalam bahagian yang berlainan dalam Malaysia.

Tafsiran

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain—

“Ahli Cerakinan” ertinya seorang Ahli Cerakinan yang dilantik di bawah seksyen 34;

“binatang” ertinya—

(a) binatang yang berguna kepada manusia sebagai suatu punca makanan atau hasil perlu lain atau sebagai binatang pengangkut;
(b) binatang yang biasanya dipelihara sebagai binatang ternak atau sebagai binatang kesayangan;
(c) binatang yang diberi perlindungan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa yang berhubungan dengan perlindungan hidupan liar;
(d) binatang yang ada faedahnya kepada pengeluaran hasil pertanian; atau