Pergi ke kandungan

Laman:Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).pdf/24

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
24
Undang-Undang Malaysia
AKTA 238


(a) tidak boleh dibuat lebih awal daripada 1 Januari 1973; dan
(b) tidak boleh terpakai berkenaan dengan sesuatu pencen yang telah dibayar selepas penyelarasan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2) Jika pencen seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (1) telah dipulihkan selepas tamat tempoh dua belas tahun setengah dari tarikh dia bersara tetapi sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, pemulihan tersebut hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat dengan sempurna dan sahnya.

Kuasa yang akan dijalankan oleh Ketua Pengarah

16. Segala kuasa di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.

Peraturan-peraturan

17. Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan dan menguatkuasakan Akta ini.