Pergi ke kandungan

Laman:Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).pdf/22

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
22
Undang-Undang Malaysia
AKTA 238

perkhidmatan atau dalam persaraan dan gaji tertinggi sekali yang kena dibayar kepada seorang pegawai yang setara tingkatannya atas tangga gaji semasa dengan pegawai yang berkenaan dengan orang tanggungannya pencen orang tanggungan itu hendak diselaraskan di bawah Akta ini.

Ketua Pengarah boleh menentukan semula amaun pencen atau faedah lain yang sepatutnya

13A. (1) Jika apa-apa pencen atau faedah lain diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah Akta ini atau diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini mengikut hal-hal keadaan yang tersebut dalam seksyen 13 dan berikutan dengannya itu Ketua Pengarah menerima apa-apa maklumat sebagaimana yang mencukupi untuk membolehkannya menentukan semula amaun pencen atau faedah lain yang sepatutnya yang kena dibayar, maka dia hendaklah menentukan semula pencen atau faedah itu.

(2) Jika, setelah dibuat penentuan semula di bawah subseksyen (1), amaun pencen atau faedah lain yang sepatutnya yang kena dibayar adalah didapati —

(a) kurang daripada amaun yang dibayar di bawah seksyen 13, amaun yang sepatutnya itu hendaklah dibayar sebagai gantinya mulai dari tarikh penentuan semula dan amaun yang terlebih bayar itu hendaklah disifatkan telah terlebih bayar oleh kerana kesilapan fakta tetapi bagaimanapun tidak boleh didapati kembali dari orang yang berkenaan itu; atau
(b) lebih daripada amaun yang dibayar di bawah seksyen 13, amaun yang sepatutnya itu hendaklah dibayar sebagai gantinya bersama-sama dengan tunggakan, jika ada.