Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
93
barangan atau pengangkutan penumpang, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dengan mana-mana orang lain yang olehnya kemudahan sedemikian disediakan, sama ada di dalam atau di luar Semenanjung Malaysia;
- (b) mengenai apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, dan dalam hal pemegang lesen atau pengendali berlesen itu yang merupakan suatu syarikat, mengenai apa-apa hak yang dipunyai oleh orang yang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu; dan
- (c) mengenai apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dalam perniagaan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan bagi pengangkutan pelancong, pembawaan barangan atau pengangkutan penumpang, mengikut mana-mana yang berkenaan, di dalam Semenanjung Malaysia.
(3) Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:
- (a) apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu; dan
- (b) apa-apa pertikaian perindustrian antara pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dengan pekerjanya.
(4) Bagi maksud subseksyen (3) —
“kawalan”, berhubungan dengan seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen atau pengendali berlesen itu;