Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/47

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
47


(a) maklumat lengkap mengenai butiran laluan yang berhubungan dengan permohonan itu dan cadangan kekerapan perkhidmatan yang hendak diadakan;
(b) suatu surat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan mengenai penggunaan perhentian atau kemudahan terminal dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu di mana terletaknya laluan itu;
(c) suatu laporan justifikasi bagi laluan itu;
(d) kelas dan bilangan maksimum kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas itu yang akan dikendalikan oleh pemohon itu;
(e) tambang atau struktur tambang dan surcaj, jika ada, yang dicadangkan untuk dikenakan terhadap penumpang yang membuat perjalanan dengan kenderaan perkhidmatan awam itu; dan
(f) apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk mendaftarkan, meneruskan dengan atau mendengar atau memutuskan sesuatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan yang baharu dikemukakan sebagai gantinya jika—

(a) borang permohonan itu tidak dilengkapkan dengan sewajarnya oleh sebab apa-apa peninggalan atau silap perihalan;
(b) borang permohonan itu mengandungi apa-apa kesilapan atau pengubahan;
(c) pemohon tidak memberikan dokumen atau maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa