Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
31
Permohonan bagi pengubahan
8. Apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen terminal bagi pengubahan lesen atau syarat lesen, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai kuasa penuh dalam budi bicaranya—
- (a) untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;
- (b) untuk menolak permohonan itu; atau
- (c) untuk memerintahkan apa-apa pengubahan pada lesen itu atau syarat lesen itu, selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.
Pembatalan atau penggantungan lesen
9. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen terminal dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 6—
- (a) jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen tidak dipatuhi;
- (b) jika pengeluaran lesen itu didorong oleh suatu representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen terminal itu; atau
- (c) sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pemegang lesen terminal itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan mengendalikan terminal oleh pemegang lesen terminal itu:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—