“bas pengantara” ertinya suatu bas yang tidak mempunyai peringkat tambang yang digunakan untuk membawa penumpang pada suatu perjalanan pusingan mengikut tambang yang berasingan dari suatu pangkalan tetap dalam jarak yang lingkungannya tidak melebihi tujuh kilometer;
“bas sekolah” ertinya suatu bas yang digunakan semata-mata untuk membawa murid atau kakitangan sekolah atau institusi pendidikan yang lain;
“teksi” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi satu tambang;
“teksi lapangan terbang” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang yang digunakan semata-mata untuk membawa orang ke dan dari lapangan terbang sebagai balasan bagi suatu bayaran dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan;
“teksi mewah” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang (termasuk pemandu) dan beroperasi dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan sebagai balasan bagi satu bayaran;
“kereta sewa” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam orang atau, dalam kawasan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dua belas orang (dalam semua keadaan termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam satu perjalanan sebagai balasan bagi bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;
“kereta sewa dan pandu” ertinya suatu kenderaan motor yang disewakan bagi maksud untuk dipandu oleh penyewa atau penamanya;
“kenderaan e-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya empat orang dan tidak lebih daripada sebelas orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang perseorangan atau tambang berasingan bagi setiap satunya, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan.
Kelas kenderaan perkhidmatan awam
2. Bagi maksud Akta ini, kenderaan perkhidmatan awam hendaklah dikategorikan kepada kelas yang berikut:
- (a) bas berhenti-henti;
- (b) bas carter;