dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 218 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Akses kepada data berkomputer
220. Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah seksyen 218 dan 219 hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya dan bagi maksud itu hendaklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer itu difahami.
Waran boleh diterima walaupun cacat
221. Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu, dan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita di bawah waran itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.
Senarai buku, dokumen, dsb., yang disita
222. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan disita menurut Akta ini, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat penggeledahan itu—