- (b) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan atau Bahagian-Bahagian yang berlainan dalam Akta ini; atau
- (c) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Semenanjung Malaysia.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“bagasi” ertinya apa-apa benda untuk kegunaan dan kemudahan sendiri yang lazimnya dibawa oleh penumpang tetapi tidak, kecuali dalam hal pedagang kembara, termasuk benda yang dibawa bagi maksud perniagaan, perdagangan atau keuntungan;
“barangan” ertinya barangan atau apa-apa bebanan daripada apa-apa perihalan, tetapi tidak termasuk bagasi;
“caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan” ertinya apa-apa caj langsung yang dikenakan secara khusus bagi penggunaan jalan yang berkaitan dengan apa-apa skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan;
“jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“kadar” termasuk apa-apa tambang, tambang muatan, caj atau bayaran lain bagi mengangkut mana-mana penumpang atau bagasinya, atau barangan;
“kelas” termasuk jenis atau kategori;
“kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987;