Laman ini telah dibaca pruf
46
Undang-undang Malaysia
Akta 641
(2) Mana-mana orang yang—
- (a) memberikan atau menyebabkan supaya diberikan apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan apa-apa perkara kepada mana-mana Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam yang dikehendaki oleh pegawai itu supaya diberikan di bawah Akta ini;
- (b) enggan menjawab atau memberikan jawapan palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam bagi tujuan mendapatkan apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki supaya diberikan di bawah Akta ini; atau
- (c) gagal atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana Inspektor Kebangsaan, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau Pegawai Kanan Kastam,
melakukan suatu kesalahan.
Kuasa untuk meminda Jadual
57. Jika apa-apa pindaan dibuat kepada Konvensyen menurut Perkara XV Konvensyen, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual mengikut pindaan kepada Konvensyen.
Penalti am
58. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.