Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/27

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanak-Kanak
27


Ketetapan tanpa bermesyuarat

5A. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), Majlis boleh, jika perlu, meluluskan suatu ketetapan tanpa bermesyuarat.

(2) Syarat yang berikut hendaklah dipatuhi:

(a) semua anggota Majlis telah dimaklumkan mengenai ketetapan yang dicadangkan itu atau usaha yang munasabah telah diambil untuk memaklumkan semua anggota Majlis mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; dan
(b) semua anggota Majlis menandakan persetujuan dengan ketetapan yang dicadangkan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Majlis.

Penubuhan jawatankuasa

6. (1) Majlis boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang didapatinya perlu atau suai manfaat untuk membantunya melaksanakan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini.

(2) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—

(a) hendaklah dipengerusikan oleh seorang anggota Majlis;
(b) hendaklah mematuhi dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan
(c) boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(3) Anggota-anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik dalam kalangan anggota Majlis atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.

(4) Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.