Pergi ke kandungan

Laman:Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).pdf/24

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 611


(3) Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.

Dana

3A. Kerajaan hendaklah menguntukkan dana yang mencukupi secara tahunan kepada Majlis untuk membolehkan Majlis melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

Keanggotaan Majlis

4. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b) Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya;
(c) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;
(d) Peguam Negara atau wakilnya;
(e) Ketua Polis Negara atau wakilnya;
(f) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia atau wakilnya;
(g) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri atau wakilnya;
(h) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi komunikasi atau wakilnya;
(i) Ketua Pengarah Kesihatan atau wakilnya;
(j) Ketua Pengarah Pendidikan atau wakilnya;
(k) Ketua Pengarah Pendaftaran Negara atau wakilnya;