Pergi ke kandungan

Laman:Akta Hak Cipta 1987.pdf/99

Daripada Wikisumber
Laman ini telah disahkan
Hak Cipta
99


Kebolehterimaan pernyataan

51. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa berlangsungnya sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak atau sama ada tidak kesemua atau sebahagian daripadanya bagi menjawab soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran seorang Penolong Pengawal atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang Penolong Pengawal, seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dalam kes itu boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan itu boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebenarannya:

Dengan syarat bahawa—

(a) tiada pernyataan itu boleh diterima atau digunakan seperti tersebut di atas—
(i) jika pembuatan pernyataan itu ternyata kepada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji mengenai pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan yang pada pendapat mahkamah mencukupi untuk memberi orang itu alasan yang ternyata kepadanya adalah munasabah untuk mengagakkan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau dapat mengelakkan apa-apa kejahatan dari jenis keduniaan berhubungan dengan prosiding terhadapnya itu; atau
(ii) mengenai sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan berikut atau perkataan yang bermaksud sedemikian: