dilakukan di bawah seksyen 41, majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran dengan ditandatangani olehnya dan menurut kuasa waran itu mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen:
Dengan syarat bahawa jika seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelambatan untuk mendapatkan waran geledah, apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen yang telah atau akan digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini mungkin akan dialih atau dimusnahkan, dia boleh memasuki rumah atau premis tersebut tanpa waran dan menyita apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen tersebut dari dalam rumah atau premis itu.
(1A) Seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang memasuki manamana rumah atau premis menurut kuasa subseksyen (1) boleh membawa dengannya orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu; dan apabila meninggalkan mana-mana rumah atau premis yang dia telah masuki dia hendaklah, jika rumah atau premis tidak diduduki atau penghuni tiada buat sementara, meninggalkan rumah atau premis itu dengan berkesannya terselamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan rumah atau premis itu semasa dia menjumpainya.
(2) Seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang membuat carian itu boleh menyita apa-apa salinan langgaran, salinan yang disyaki adalah salinan langgaran, perekaan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi membuat salinan langgaran atau boleh digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran, atau apa-apa artikel, kenderaan, buku atau dokumen lain dan jika mana-mana salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen itu disita, dia hendaklah mengemukakannya di hadapan majistret, dan apabila dikemukakan majistret hendaklah mengarahkan supaya ia disimpan