Laman ini telah disahkan
86
Undang-Undang Malaysia
AKTA 332
- (b) supaya menamatkan akaun tertentu itu.
Sistem caching
43D. (1) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan bagi pelanggaran hak cipta bagi pembuatan apa-apa salinan elektronik karya di rangkaian utamanya jika ia—
- (a) daripada suatu salinan elektronik karya yang tersedia di suatu rangkaian pemula;
- (b) melalui suatu proses automatik;
- (c) tindak balas kepada suatu tindakan oleh pengguna rangkaian utamanya; atau
- (d) bagi memudahkan capaian efisien kepada karya oleh seseorang pengguna:
- Dengan syarat bahawa—
- (A) pemberi perkhidmatan tidak membuat apa-apa pengubahsuaian substantif, selain pengubahsuaian yang dibuat sebagai sebahagian daripada proses teknikal, kepada kandungan salinan elektronik semasa pemancaran salinan itu kepada pengguna rangkaian utamanya atau rangkaian lain; dan
- (B) pemberi perkhidmatan memenuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri berhubungan dengan—
- (i) capaian kepada salinan elektronik oleh pengguna rangkaian utamanya atau rangkaian lain;
- (ii) penyegaran semula, muatan semula atau pengemaskinian salinan elektronik itu; dan
- (iii) ketiadaan gangguan terhadap teknologi yang digunakan di rangkaian pemula untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan apa-apa karya di rangkaian pemula, yang merupakan teknologi yang konsisten dengan standard industri di Malaysia.