Pergi ke kandungan

Laman:Akta Hak Cipta 1987.pdf/78

Daripada Wikisumber
Laman ini telah disahkan
78
Undang-Undang Malaysia
AKTA 332


(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pembuatan suatu pengeluaran semula program komputer, atau suatu penyesuaian program komputer itu—

(a) dari salinan langgaran program komputer itu; atau
(b) berlawanan dengan arahan nyata oleh atau bagi pihak pemunya hak cipta mengenai program komputer yang diberi kepada pemunya salinan asal tidak lewat dari masa bila pemunya salinan asal itu memperoleh salinan asal itu.

(3) Bagi maksud seksyen ini—

(a) sebutan mengenai suatu salinan program komputer atau suatu penyesuaian program komputer adalah sebutan mengenai apa-apa artikel dalam mana program komputer atau penyesuaian itu dikeluarkan semula dalam bentuk material; dan
(b) sebutan mengenai arahan nyata, berhubungan dengan suatu salinan program komputer atau suatu penyesuaian program komputer, termasuklah sebutan mengenai arahan yang mudah dibaca yang dicetak atas salinan atau atas bungkusan yang di dalamnya salinan itu dibekalkan.


Kesalahan


41. (1) Jika semasa hak cipta wujud dalam sesuatu karya atau hak pelaku wujud, mana-mana orang yang—

(a) membuat untuk jualan atau sewa apa-apa salinan langgaran;
(b) menjual, menyewakan atau secara dagangan, mendedahkan atau menawarkan untuk dijual atau disewakan apa-apa salinan langgaran;
(c) mengedarkan salinan langgaran;
(d) ada dalam milikannya, jagaan atau kawalan, bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian dan domestik, apa-apa salinan langgaran;
(e) dengan cara dagangan mempamerkan pada awam apa-apa salinan langgaran;