32. (Dipotong oleh Akta A952).
Tribunal boleh meminta maklumat
33. (1) Tribunal boleh meminta apa-apa maklumat yang difikirkannya perlu bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini dan apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.
(2) Mana-mana orang yang enggan mematuhi permintaan sedemikian oleh Tribunal melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Tiada tindakan terhadap Tribunal
34. Tiada tindakan atau prosiding undang-undang lain boleh diambil terhadap mana-mana anggota Tribunal bagi apa-apa yang telah dibuat atau tidak dibuat dengan suci hati berkaitan dengan kuasa dan fungsi Tribunal yang dijalankan di bawah Akta ini.
Peraturan-peraturan mengenai Tribunal
35. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan Tribunal dan khususnya dan tanpa menjejas keluasan makna peruntukan yang terdahulu, berkenaan dengan perkara yang berikut:
- (a) menetapkan cara dalam mana apa-apa perkara boleh dirujuk kepada Tribunal;
- (b) menetapkan tatacara yang hendak dipakai oleh Tribunal dalam mengurus apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya di bawah Akta ini dan rekod yang hendak disimpan oleh Tribunal;
- (c) menetapkan cara bagaimana Tribunal dipanggil bersidang dan tempat di mana Tribunal mengadakan persidangannya;
- (d) menetapkan skala kos dan fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa siasatan atau prosiding di hadapan Tribunal; dan